Friday, 22 October 2010

Tangkapan 7 penduduk kampung di Sebuyau, tidak sepatutnya dilakukan.


Keyataan Persatuan Wanita Desa Sarawak (WADESA)

22 Oktober 2010

WADESA amat kesal dengan penangkapan 7 orang penduduk Sebuyau di Balai Polis Simunjan hari ini kerana atas tuduhan membakar lori, jentolak dan juga rumah pekerja kem.


Hellan Empaing, WADESA

WADESA megatakan bahawa pihak penguatkusa dan Polis langsung tidak membantu mengatasi masalah Orang Asal selaku mangsa, malah bertindak menangkap penduduk setempat, seolah-olah menyebelahi pihak Syarikat dan juga pengeluar lesen balak ke atas tanah Adat Orang Asal (NCR) penduduk Kampung Sebuyau.

Penduduk Sibuyau memang telah lama membuat bantahan kepada jabatan Perhutanan tentang pencerobohan hak ke atas tanah Adat mereka. Tindak balas Jabatan Perhutanan memberikan lessen kepada syarikat pembalakan Quality Concrete Holdings menyebabkan kehidupan para penduduk semakin terancam dan konflik semakin menjadi. Kenapa laporan demi laporan yang dibuat oleh penduduk kampung tidak diperdulikan?

Seharusnya tugas pihak polis menangkap mereka yang merompak(syarikat Quality Concrete Holding), kerana Syarikat Quality Concrete yang menceroboh kawasan tanah milik Orang Kampung. Kenapa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia tidak menyiasat bagaimana Raziah Mahmud , adik kepada ketua Menteri Sarawak menjadi pengarah syarikat tersebut?

Pihak Polis seharusnya mengambil tindakan menjaga keselamatan orang kampung yang menjadi mangsa keadaan. Bukannya menangkap Orang Kampung yang mempertahankan tanah Adat mereka dari dirampas. Ini adalah tindakan salah guna kuasa.

Penduduk Kampung sebuyau sepatutnya diberikan hak untuk memiliki tanah adat mereka sendiri seperti yang terkandung dalam Deklarasi Hak Orang Asal Antarabangsa UNDRIP, Artikel 26: Orang Asal berhak k atas tanag, wilayah dan sumber-sumber yang telah dimiliki oleh kita secara tradisional dan kerajaan mesti mengiktirafkan dan megesahkan hak ini secara rasmi. Artikel 29 juga menyentuh tentang Orang Asal berhak kepada pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar tanah dan sumber-sumber mereka.

WADESA meminta agar pihak Polis membebaskan tangkapan mereka terhadap penduduk kampung dengan serta merta. Dan minta agar Syarkat Quality Concrete Holding berhenti mengambil balak di kawasan tanah Adat penduduk kampung Sebuyau.


Kenyataan ini dikeluarkan oleh

Pn Hellan Empaing
Pengerusi WADESA
0198943191

No comments: